Lelaki dikhuatiri lemas ketika menangkap udang
MELAKA 13 Feb. -Seorang tukang gunting rambut mati lemas selepas dihanyutkan ombak ketika menangkap udang geragau menggunakan sejenis alat dikenali sebagai langgai di Pantai Puteri, di sini malam tadi.
Mayat mangsa, Omar Sudin, 37, ditemui tersangkut pada batu karang pukul 4.45 petang, kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang
Omar sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Pantai Rombang, pada pukul 8.30 malam untuk melanggai udang di pantai yang terletak berdekatan rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Abdul Razak Manap berkata, pasukannya dengan dibantu empat perahu nelayan memulakan operasi mencari mangsa pukul 8.47 malam sehingga kira-kira 50 meter ke tengah pantai.
"Usaha itu namun gagal dan disambung hari ini dengan dibantu Unit Skuba, tentera, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Pasukan Gerakan Marin.
"Mayat akhirnya ditemui oleh bot nelayan yang turut membantu operasi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Isteri Omar, Zunaida Yusof, 37, berkata, suaminya itu keluar dari rumah mereka untuk mencuba menggunakan langgai yang baru diperolehinya bagi menangkap udang kerana sebelum ini dia hanya menggunakan kaedah menyungkur.
"Suami cuma turun ke laut sekali sekala untuk melanggai udang bagi menambah pendapatan sebagai tukang gunting rambut.
"Saya hanya mendapat tahu berita kehilangan suami apabila bapa mertua datang ke rumah pukul 10.30 malam," katanya ketika ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat malam tadi.
Menurutnya, Omar juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap namun anak bongsu mereka yang berusia dua tahun berubah menjadi manja dengan suaminya itu sejak seminggu lalu.
Arwah meninggalkan 4 orang anak yg masih kecil dan seorang masih dalam kandungan Zunaida..
Sekiranya sahabat ingin menghulurkan bantuan kepada isteri arwah berikut adalah no akaun maybank beliau:Zunaida Yusoff 104068251002. Hanya ALLAH swt sahaja dapat membalas sumbangan kalian....
Untuk menziarahi anak2 / keluarga arwah...rumah mereka belakang masjid pantai puteri, melaka. ini no tel: Zunaida 019-6879118