Friday, February 8, 2013

MADRASAH TAHFIZ WAL ULUM DARUL YAMANI


PENDAHULUAN

                        Dalam menongkah arus kemajuan yang serba moden dan berteknologi ini, pendidikan islam adalah merupakan anti virus terbaik dalam mendidik masyarakat khasnya golongan remaja. Atas kesedaran itu madrasah tahfiz telah tumbuh bagaikan cendawan di seluruh Malaysia. Namun begitu madrasah tahfiz yang berorientasikan pengajian Islam Hadramaut Yaman sangat sedikit bilangannya. Mungkin kerana faktor tenaga pengajar mahupun sistem turat kitab-kitab arab yaman yang sukar di ajarkan. Sebenarnya sistem pengajian Hadramaut Yaman tidak banyak bezanya dengan sistem pengajian pondok di Malaysia.Namun dengan teknik pengajaran yang begitu halus dan waktu yang fleksibel, sistem pengajian ini mampu diikuti oleh semua peringkat masyarakat. Di tambah lagi golongan habaib dan masyaikh Hadramaut Yaman yang bertali arus datang ke Malaysia dalam maksud rehlah da’wah sering menekankan peri pentingnya pengajian ilmu yang berterusan dan kewujudan madrasah di setiap ceruk dan tempat. Atas maksud itulah kami terdiri daripada beberapa orang pelajar lepasan Hadramaut Yamanbersama Ahli Jemaah bergabung tenaga dalam memenuhi keperluan ini.

Sudah tiba masanya Pengurusan Kumpulan Syarikat Ifwat terutamanya Ahli Keluarga Hj Naizamohideen & Hjh. Hanifah bersama-sama terlibat secara langsung dalam menjayakan Madrasah Tahfiz ini seterusnya untuk menanam saham bagi bekalan diakhirat kelak. Semoga ALLAH swt memberikan keberkatan dan kerahmatan diatas usaha murni ini dengan pelajar-pelajar hafiz Al Quran dari Madrasah ini. Saya bersama Abang telah bersetuju untuk mewakafkan tanah kami dan menyumbang berterusan dari dana hasil keuntungan syarikat untuk disalurkan secara terus untuk tujuan tersebut.

Saya mengucapkan jutaan Terima Kasih, Syabas, Tahniah kepada Tenaga Pengajar, Individu, Syarikat yang telah sama-sama melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Penubuhan Madrasah ini. Besarlah harapan saya agar Madrasah ini bertambah maju dan berkekalan sehingga kiamat. Hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas usaha, budi, sumbangan kalian.

LOKASI

                  Madrasah terletk diatas sebuah bukit di Kpg Ayer Sonsang, Nyalas, Jasin, Melaka, Malaysia. Kawasan sekitaran yang damai dan tiada gangguan dari bunyi kenderaan menjadikan suasana pembelajaran AL Quran yang terbaik.


DASAR

            Mengamalkan sistem pengajian Hadramaut Yaman yang berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah,Ijma’ dan Qias yang bermazhab Imam As-Syafi’e rahimahullahuta’ala.


SISTEM PENGAJIAN

            Diambil dan diserap sepenuhnya melalui teknik pengajian yang terdapat di Rubat Tarim dibawah kelolaan Al-Alamah Habib Salim b Abdullah As-Syatiri hafizahullah dan Darul Mustafa di bawah kelolaan Al-Alamah Da’ieilallah Habib Umar bin Hafiz hafizahullah

OBJEKTIF PENUBUHAN

            1       Memperkenalkan kepada masyarakat sistem pengajian Hadramaut Yaman.
            2       Menjadi pusat tarikan dan rujukan islamiah kepada masyarakat setempat.
3       Menjadi landasan untuk pelajar-pelajar yang berminat menyambung pengajian ke Yaman.
4       Menyediakan peluang pengajian kepada semua golongan termasuklah golongan yang bekerja dan golongan yang tua.
5       Melahirkan golongan hafiz ,alim dan dai’e yang bersedia dalam menjadi murabbi utk mendidik umat ke jalan yang diredhai Allah.
6       Menjadi satu pusat hentian da’wah kepada para habib yang datang ke Malaysia dalam siri da’wah mereka.


AKHIRKATA

               Sesungguhnya untuk memakmurkan agama Allah SWT adalah tanggungjawab semua pihak . Suatu usaha yang besar ini apabila diletakkan hanya ke atas bahu ulama’ maka usaha ini akan terhenti separuh jalan. Masyarakat setempat perlulah memainkan peranan dalam menjayakan usaha murni ini.
Firman Allah SWT
وتعاونواْ على البرّ والتّقوى ۖ  ولا تعاونوا على الإثم والعدوان {٢}(المائدة : ٢)
Maksudnya “Hendaklah kamu bantu membantu dalam membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah pula kamu bantu membantu dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas ajaran Allah SWT)” (al-maidah:2)

Usaha menubuhkan madrasah seumpama pelaburan yang tidak akan rugi. Betapa hebatnya ganjaran dan janji yang telah diberikan oleh Allah kepada seorang hafiz Al-quran dan kedua ibubapanya. Maka sangat bertuahlah seorang yang sanggup mengorbankan masa dan hartanya demi untuk penubuhan sesebuah madrasah . Pasti tempias dan ganjaran bagi setiap huruf yang telah dihafal membantu mereka yang telah banyak berkorban itu.
            Atas maksud inilah kami menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan harta dalam menjayakan penubuhan madrasah ini. Semoga dengan asbab pengorbanan ini Allah jadikan kita sebagai golongan yang muqarrabin dan diredhai oleh Allah SWT.





TANDA-TANDA KEMATIAN


100 Hari Tanda Sebelum Kematian

Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
 

40 Hari Tanda Sebelum Kematian 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

7 Hari Tanda Sebelum Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian
 Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 Hari Tanda Sebelum Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Nazak atau Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.