Tuesday, January 12, 2010

Melaka Maju 2010


Melaka Maju 2010

Melaka Maju adalah satu wawasan yang telah dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sepanjang beliau menerajui pucuk pimpinan negeri Melaka, terlalu banyak pembangunan dilakukan bagi memajukan negeri dan menaikkan taraf ekonomi penduduk negeri Melaka.

Kita sedia maklum, setiap kali tiba hari jumaat sehingga ahad..melaka akan dihujani pengunjung dari dalam negara dan juga luar negara.

Dan masalah yang dihadapi rakyat Melaka kini ialah adalah lebih baik jangan keluar ke bandar bermula petang jumaat ...ini adalah kerana jalan masuk ke bandar Melaka adalah terlalu sesak...kerajaan perlu mencari cara/jalan alternatif bagi mengatasi masalah ini.

Dari semuber yang diperolehi, kerajaan Melaka telah memohon bajet/bantuan/dana dari kerajaan pusat bagi mengatasi masalah ini. Dari fakta jumlah pengunjung dan pengiktirafan yang diperolehi oleh negeri Melaka, sepatutnya kerajaan pusat tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya. Melaka merupakan negeri yang stabil ekonomi mahupun politik.

Selogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia" adalah gambaran jelas bahawa negeri Melaka mempunyai daya tarikan tersendiri dan negeri lain perlu pelajari bagaimana Datuk Seri Mohd Ali Rustam melakukannya.

Keadaan sungainya yang bersih dan indah pada waktu malam adalah satu produk pelancongan yang diwujudkan oleh beliau.

Walaupun sering mendapat bantahan dan kritikan dari dalam parti dan luar parti berkenaan perlaksanaan beliau, beliau tetap meneruskan juga dan hampir semuanya melebihi jangkaan "exceed expactation".

Syabas!!! Datuk.....TERUSKAN PERJUANGAN.

No comments: