Friday, May 14, 2010

HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH

HIJRAH RASULULLAH SAW....SUBAHANALLAH...DISAMBUT MERIAH OLEH PENDUDUK MADINAH SERTA DINYANYIKAN BAGI MENYAMBUT BAGINDA RASULULLAH SAW, YA ALLAH TERASA MACAM AKU ADA JUGA BERADA DISANA MENYAMBUT BAGINDA...YA ALLAH RINDU RASANYA HATI INI PADA NYA...

Thursday, May 13, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW


Dengan menyebut Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

MELAYUKU KEMANAKAH HALA TUJUMU ITU


MELAYUKU DIMANAKAH HALATUJU MU ITU?

Gambaran lukisan ini ada kebenarannya juga...cubalah hayati...dan lihatkah apa yang berlaku kepada bangsaku Melayu..

YA ALLAH JADIKANLAH UMATMU INI BERSATU PADU...BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA UMATMU INI AGAR KAMI INI TIDAK DITINDAS LAGI.....AMIN

Niatku hanyalah satu untuk melihat bangsaku bersatu semula..bukan untuk menyalahi sesiapa tetapi untuk menilai semula..apakah pengorbanan diriku untuk bangsa yang tercinta...Dengan harapan agar rakan2ku juga begitu...X perlu kita mencari salah seseorang.. & Org lain juga akan cuba mencari salah kita pula...& akhirnya ianya x akan menyelesaikan masalah sebenar......Mungkin ada yg keliru.... Cubalah renung2 kan...secara terbuka.. dalam lukisan itu..itulah masalah melayuku...cuba carilah jalan penyelesaian agar kita kembali bersatu semula...

Dengan menyebut Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Firman ALLAH SWT dlm surah AL AN'AAM 112 ertinya

" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" 

Surah AL AN'AAM 159 ertinya

" Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada ALLAH, kemudian ALLAH akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. 

Surah AL AN'AAM 160 ertinya
Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak diianiaya. 

Surah AL AN'AAM 161 ertinya
Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, agama yang benar; agama ibrahim yang lurus; dan ibrahim itu bukan lah termasuk orang-orang yang musyrik". 

Surah AL AN'AAM 162 ertinya
Katakanlah; "Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam, 

Surah AL AN'AAM 163 ertinya
tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada ALLAH)". 

Surah AL AN'AAM 164 ertinya
Katakanlah;"Apakah aku akan mencari Tuhan selain ALLAH, padahal Dia adalah tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakannya kepadamu apa yang kamu perselisihkan". 

Surah AL AN'AAM 165 ertinya 
Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa dibumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga sama-sama kita menghayatinya...

Aisya Anis: BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH . Tak kira lah walau mana pegangan politik kita kita tetap boleh bersatu atas nama Allah yang satu ... Bukan untuk demokrasi bukan untuk komunis bukan untuk republik tapi untuk Agama Allah ... Insyallah ...

Islam x pernah mengajar umatnya bermusuh-musuhan, fitnah memfitnah...Apa yang saya harapkan adalah kembali bersatu...itu sahaja.

Thursday, May 6, 2010

KEHIDUPAN & PENCAPAIAN

Alhamdulilah, syukur kpd ALLAH s.w.t, kerana diberikan kehidupan sehingga ke hari ini, percaya atau tidak usia aku telah mencecah 35 tahun, telah berkahwin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Sejarah hidup ini sangatlah indah dan jika dibukukan mungkin laris jika dijual rasanya. 

Pencapaian dalam kehidupan ini mungkin tidaklah sehebat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Tetapi aku rasa berbangga dan mungkin boleh dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan yang mengenali aku dan keluargaku.

Abahku berdarah india + melayu, pernah berkhidmat di angkatan tentera laut dan berhenti awal untuk berniaga sendiri, mungkin kerana mengikuti jejak arwah datuk & moyangku yang hebat dalam bidang perniagaan satu masa dahulu...Bermula dengan berniaga dikedai runcit seterusnya menjadil wakil pengedar Gas Petronas di kedai Tmn Jaya Pdg Temu, membuka kilang kecil mengeluarkan produk kordial yg diambil alih dari Pakcik ku di Tmn Melayu, Pdg Temu, dan banyak juga perniagaan sambilan yang dijalankannya.....tetapi akhirnya abahku muflis...

Emakku berdarah jepun + melayu, merupakan emak & wanita yang terhebat didunia ini bagi diriku. Mungkin ada yang tertanya betul ker ada darah Jepun? Mana datang Jepun tu?....Untuk makluman semua, arwah nenekku merupakan anak berdarah Jepun 100% yang ditinggalkan oleh keluarganya sebelum perang dunia kedua...sedikit cerita tentang nenekku ini namanya Putih bte .........? Kenapa ditinggalkan? aku pun x tahu...dengar cerita dari orang2 tua dikampung nie... Keluarga dia nie ditinggalkan oleh suami isteri Jepun yg dtg berniaga makanan kanak2 disebuah kedai dikampung Ujong Pasir. Nenekku ini ditinggalkan kepada penduduk kampung pada usianya masih kanak2/remaja (x pasti)...ada juga yang mengatakan mungkin keluarga jepun nie adalah pengintip untuk tentera jepun sebelum perang dunia kedua... Walaubagaimanapun...nenekku ini tidak pernah menceritakan apa2 berkenaan asal usul dia kepada emakku ini...sehinggalah beliau meninggal dunia...Emakku dapat tahu serba sedikit bahawa emaknya itu adalah orang jepun hanyalah dari jiran-jiran & penduduk kampung...tp disebabkan perasaan takut untuk bertanya dengan emaknya...emakku beritahu dimana nenekku itu sangat garang dan juga sangat sensitif...selalu menanggis seorang diri...mungkin mengenangkan nasib dimana keluarganya tidak datang mencari atau mengambilnya semula...kesian dan sedih betul cerita pasal nenek aku nie... Nenekku meninggal dunia semasa emak ku berusia remaja...jadi kami adik beradik x dapatlah tengok dia kecuali hanya gambar sahaja...sebagai kenang2an.

Emakku tidak bekerja..dia sangat pandai masak dan membuat kuih...dan pernah berniaga kuih dimana abang dan kakak ku pernah menjualnya pada zaman mereka kecil dahulu semasa abahku mendiami kuarters tentera laut di johor...Dengan hasil keuntungan menjual kuih tersebut, emakku berjaya membeli 3 biji rumah...malangnya ketiga-tiga biji rumah tersebut terpaksa dijual....untuk membantu perniagaan abahku.

Kehidupan emakku amatlah renyah...dari awal pagi sehingga lewat malam dia terpaksa bertungkus lumus membantu abahku berniaga dikedai...kehidupannya amatlah payah....tidak seperti isteri/ibu orang lain...yang aku kenal....Terlalu banyak pengalaman-pengalaman kehidupan pada masa lalu yang mengajar diriku berserta abang dan kakakku untuk berdikari bagi mencari rezeki bagi membantu keluarga.

Pernah terlintas dihati ini semasa dizaman sekolah lagi, jika sudah besar nanti klu sudah bekerja &  dapat banyak duit...nak juga hantar emak pergi menunaikan fardhu haji...Tetapi disebabkan kelekaan dan percampuran adalah kesalahan diri sendiri aku lupa akan hajatku ini...dan keputusan peperiksaanku amatlah teruk hampir2 gagal SPM....dan ianya sudah pasti mengecewakan keluargaku.....

Malunya aku kerana keputusan peperiksaan aku jauh lebih teruk jika dibandingkan dari keputusan peperiksaan SPM Abang dan Kakakku, kasihan.....dimana mereka ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran keperingkat seterusnya memandangkan tenaga mereka diperlukan untuk membantu keluargaku berniaga di kedai.

Pada tingkatan 4, perniagaan keluargaku berhadapan masalah kewangan yang amat serius dan keluarga kami menanggung hutang yang banyak terutama sekali dengan Ah Long. (Cerita bab ini amat panjang terpaksa diringkaskan). Dipendekkan cerita....Perniagaan keluarga kami jatuh dan terpaksa ditutup.......Abangku terpaksa menanggung hutang lebih kurang RM40ribu dan kakakku RM20ribu..Itu x termasuk hutang abahku dengan Bank, Ceti & Ah Long...... Ya ALLAH, kesian mereka ini, pada usia sekitar 22 & 23 tahun masing-masing telah berhutang sebanyak itu....

Kemanakah halatuju keluarga kami?......Pada masa tersebut, setelah selesai waktu sekolah aku akan menjual rokok gudang garam dikedai-kedai bagi membantu keluarga bagi menampung perbelanjaan harian......

Dengan keputusan peperiksaan yang agak teruk, aku cuba memohon menyambung pelajaran atas desakan keluarga....Alhamdulilah...aku telah diterima masuk ke Institut Kemahiran Mara, di Jasin Melaka dalam jurusan Elektrik Domestik & Industri, disana aku berniaga barangan makanan dan rokok di asrama secara sembunyi-sembunyi...bagi menampung perbelanjaanku seharian....Alhamdulilah aku mendapat anugerah pelatih akademik terbaik dalam bidang tersebut....

Abangku adalah seorang yang hebat walaupun dalam usianya 22 tahun telah mempunyai hutang yg banyak disebabkan kerugian perniagaan keluarga kami lalu, dia telah membuka sebuah perniagaan kedai makan diBanda Hilir dan telah menyatukan semula keluarga kami dibawah perniagaan tersebut...Pencapaiannya adalah jauh lebih baik...(belikan rumah untuk emak dan abh tinggal sekarang nie)

Sebelum tamat pelajaran lagi di IKM aku telah ditawarkan kerja oleh Abg Dolah sebagai penyelia...di kilang papan suis/kontraktor elektrik...Aku telah bekerja selama 6 bulan sahaja...tetapi kepuasan dlm diri belum ada, dimana aku  rasa untuk pergi lebih jauh aku mesti sambung belajar lagi.... Aku telah diterima untuk memasuki Tuas Polytech (sekarang ini British Malaysian Institute) dalam jurusan HND Electrical & Electronic Engineering......Sempat juga aku mengumpul duit dalam Rm4k sebelum masuk kesana dari hasil mengambil kerja sub elektrikal. Aku juga bersyukur dan berterima kasih kepada Abangku kerana bersetuju untuk membiayai Rm300 sebulan selama dua tahun untuk aku belajar disana(KL) dan juga dia membelikan aku sebuah komputer...Aku amat terhutang budi dengannya & ianya akan ku kenang sampai mati...walaupun pada zaman kecil kami tidak begitu rapat...Aku juga sempat mengikuti kursus dan mengambil peperiksaan Penjaga Jentera secara sambilan...Alhamdulilah aku lulus Chargeman AO....

Belum habis peperiksaan akhir di Tuas, aku telah memohon kerja...beberapa kali pergi temuduga dikilang2...tetapi akhirnya ditawarkan kerja di TNB REMACO sebagai juruteknik oleh kerana keputusan peperiksaan akhir untuk HND belum keluar....selang sebulan...setelah keputusan peperiksaan keluar aku lulus dan ditawarkan jawatan jurutera secara kontrak...dibahagian pengujian. 

Hampir 2 tahun dibahagian pengujian, terlalu banyak yg aku pelajari dan banyak stesen janaelektrik yang aku lawati dan melakukan ujian kecekapan/prestasi.

Aku mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dan berkahwin. Hajat awal tadi belum tercapai lagi dan hajat tersebut masih segar dan bermain-main dalam ingatanku.....

Alhamdulilah...rezeki mula bertambah setelah aku mendapat cahaya mata...dan emakku mula menyimpan duit dan mendaftar untuk ketanah suci...dan Alhamdulilah aku dapat memberikan sebahagian wang bagi mencukupkannya....Dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Abahku...dan dia pun berminat untuk ketanah suci jika ada yang nak biayai kos tersebut...perkara tersebut telah disampaikan oleh emakku padaku...Alhamdulilah memang kebetulan pada masa tersebut memang ada rezeki.....aku dapat membiayainya...Itulah pencapaian yang paling berharga bagiku....Alhamdulilah ALLAH sempurnakan hajatku ini berserta bonus....aku amat bersyukur kepadamu....

Bermula dari situ....rezeki demi rezeki ALLAH s.w.t telah berikan padaku dan keluarga....sehingga sekarang ini...

Adakah anda mempunyai hajat yang sama? Sudah tercapaikah hajat tersebut? Masih sempatkah lagi untuk melakukannya? 

Saya amat berharap kisah benar saya ini dapat dijadikan dorongan kepada rakan-rakan dan juga sesiapa juga yang membacanya.....

Pasangkanlah niat, usaha, berdoa dan bertawakal nescaya ALLAH s.w.t mempermudahkannya....