Alhamdulilah, syukur kpd ALLAH s.w.t, kerana diberikan kehidupan sehingga ke hari ini, percaya atau tidak usia aku telah mencecah 35 tahun, telah berkahwin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Sejarah hidup ini sangatlah indah dan jika dibukukan mungkin laris jika dijual rasanya.
Pencapaian dalam kehidupan ini mungkin tidaklah sehebat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Tetapi aku rasa berbangga dan mungkin boleh dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan yang mengenali aku dan keluargaku.
Abahku berdarah india + melayu, pernah berkhidmat di angkatan tentera laut dan berhenti awal untuk berniaga sendiri, mungkin kerana mengikuti jejak arwah datuk & moyangku yang hebat dalam bidang perniagaan satu masa dahulu...Bermula dengan berniaga dikedai runcit seterusnya menjadil wakil pengedar Gas Petronas di kedai Tmn Jaya Pdg Temu, membuka kilang kecil mengeluarkan produk kordial yg diambil alih dari Pakcik ku di Tmn Melayu, Pdg Temu, dan banyak juga perniagaan sambilan yang dijalankannya.....tetapi akhirnya abahku muflis...
Emakku berdarah jepun + melayu, merupakan emak & wanita yang terhebat didunia ini bagi diriku. Mungkin ada yang tertanya betul ker ada darah Jepun? Mana datang Jepun tu?....Untuk makluman semua, arwah nenekku merupakan anak berdarah Jepun 100% yang ditinggalkan oleh keluarganya sebelum perang dunia kedua...sedikit cerita tentang nenekku ini namanya Putih bte .........? Kenapa ditinggalkan? aku pun x tahu...dengar cerita dari orang2 tua dikampung nie... Keluarga dia nie ditinggalkan oleh suami isteri Jepun yg dtg berniaga makanan kanak2 disebuah kedai dikampung Ujong Pasir. Nenekku ini ditinggalkan kepada penduduk kampung pada usianya masih kanak2/remaja (x pasti)...ada juga yang mengatakan mungkin keluarga jepun nie adalah pengintip untuk tentera jepun sebelum perang dunia kedua... Walaubagaimanapun...nenekku ini tidak pernah menceritakan apa2 berkenaan asal usul dia kepada emakku ini...sehinggalah beliau meninggal dunia...Emakku dapat tahu serba sedikit bahawa emaknya itu adalah orang jepun hanyalah dari jiran-jiran & penduduk kampung...tp disebabkan perasaan takut untuk bertanya dengan emaknya...emakku beritahu dimana nenekku itu sangat garang dan juga sangat sensitif...selalu menanggis seorang diri...mungkin mengenangkan nasib dimana keluarganya tidak datang mencari atau mengambilnya semula...kesian dan sedih betul cerita pasal nenek aku nie... Nenekku meninggal dunia semasa emak ku berusia remaja...jadi kami adik beradik x dapatlah tengok dia kecuali hanya gambar sahaja...sebagai kenang2an.
Emakku tidak bekerja..dia sangat pandai masak dan membuat kuih...dan pernah berniaga kuih dimana abang dan kakak ku pernah menjualnya pada zaman mereka kecil dahulu semasa abahku mendiami kuarters tentera laut di johor...Dengan hasil keuntungan menjual kuih tersebut, emakku berjaya membeli 3 biji rumah...malangnya ketiga-tiga biji rumah tersebut terpaksa dijual....untuk membantu perniagaan abahku.
Kehidupan emakku amatlah renyah...dari awal pagi sehingga lewat malam dia terpaksa bertungkus lumus membantu abahku berniaga dikedai...kehidupannya amatlah payah....tidak seperti isteri/ibu orang lain...yang aku kenal....Terlalu banyak pengalaman-pengalaman kehidupan pada masa lalu yang mengajar diriku berserta abang dan kakakku untuk berdikari bagi mencari rezeki bagi membantu keluarga.
Pernah terlintas dihati ini semasa dizaman sekolah lagi, jika sudah besar nanti klu sudah bekerja & dapat banyak duit...nak juga hantar emak pergi menunaikan fardhu haji...Tetapi disebabkan kelekaan dan percampuran adalah kesalahan diri sendiri aku lupa akan hajatku ini...dan keputusan peperiksaanku amatlah teruk hampir2 gagal SPM....dan ianya sudah pasti mengecewakan keluargaku.....
Malunya aku kerana keputusan peperiksaan aku jauh lebih teruk jika dibandingkan dari keputusan peperiksaan SPM Abang dan Kakakku, kasihan.....dimana mereka ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran keperingkat seterusnya memandangkan tenaga mereka diperlukan untuk membantu keluargaku berniaga di kedai.
Pada tingkatan 4, perniagaan keluargaku berhadapan masalah kewangan yang amat serius dan keluarga kami menanggung hutang yang banyak terutama sekali dengan Ah Long. (Cerita bab ini amat panjang terpaksa diringkaskan). Dipendekkan cerita....Perniagaan keluarga kami jatuh dan terpaksa ditutup.......Abangku terpaksa menanggung hutang lebih kurang RM40ribu dan kakakku RM20ribu..Itu x termasuk hutang abahku dengan Bank, Ceti & Ah Long...... Ya ALLAH, kesian mereka ini, pada usia sekitar 22 & 23 tahun masing-masing telah berhutang sebanyak itu....
Kemanakah halatuju keluarga kami?......Pada masa tersebut, setelah selesai waktu sekolah aku akan menjual rokok gudang garam dikedai-kedai bagi membantu keluarga bagi menampung perbelanjaan harian......
Dengan keputusan peperiksaan yang agak teruk, aku cuba memohon menyambung pelajaran atas desakan keluarga....Alhamdulilah...aku telah diterima masuk ke Institut Kemahiran Mara, di Jasin Melaka dalam jurusan Elektrik Domestik & Industri, disana aku berniaga barangan makanan dan rokok di asrama secara sembunyi-sembunyi...bagi menampung perbelanjaanku seharian....Alhamdulilah aku mendapat anugerah pelatih akademik terbaik dalam bidang tersebut....
Abangku adalah seorang yang hebat walaupun dalam usianya 22 tahun telah mempunyai hutang yg banyak disebabkan kerugian perniagaan keluarga kami lalu, dia telah membuka sebuah perniagaan kedai makan diBanda Hilir dan telah menyatukan semula keluarga kami dibawah perniagaan tersebut...Pencapaiannya adalah jauh lebih baik...(belikan rumah untuk emak dan abh tinggal sekarang nie)
Sebelum tamat pelajaran lagi di IKM aku telah ditawarkan kerja oleh Abg Dolah sebagai penyelia...di kilang papan suis/kontraktor elektrik...Aku telah bekerja selama 6 bulan sahaja...tetapi kepuasan dlm diri belum ada, dimana aku rasa untuk pergi lebih jauh aku mesti sambung belajar lagi.... Aku telah diterima untuk memasuki Tuas Polytech (sekarang ini British Malaysian Institute) dalam jurusan HND Electrical & Electronic Engineering......Sempat juga aku mengumpul duit dalam Rm4k sebelum masuk kesana dari hasil mengambil kerja sub elektrikal. Aku juga bersyukur dan berterima kasih kepada Abangku kerana bersetuju untuk membiayai Rm300 sebulan selama dua tahun untuk aku belajar disana(KL) dan juga dia membelikan aku sebuah komputer...Aku amat terhutang budi dengannya & ianya akan ku kenang sampai mati...walaupun pada zaman kecil kami tidak begitu rapat...Aku juga sempat mengikuti kursus dan mengambil peperiksaan Penjaga Jentera secara sambilan...Alhamdulilah aku lulus Chargeman AO....
Belum habis peperiksaan akhir di Tuas, aku telah memohon kerja...beberapa kali pergi temuduga dikilang2...tetapi akhirnya ditawarkan kerja di TNB REMACO sebagai juruteknik oleh kerana keputusan peperiksaan akhir untuk HND belum keluar....selang sebulan...setelah keputusan peperiksaan keluar aku lulus dan ditawarkan jawatan jurutera secara kontrak...dibahagian pengujian.
Hampir 2 tahun dibahagian pengujian, terlalu banyak yg aku pelajari dan banyak stesen janaelektrik yang aku lawati dan melakukan ujian kecekapan/prestasi.
Aku mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dan berkahwin. Hajat awal tadi belum tercapai lagi dan hajat tersebut masih segar dan bermain-main dalam ingatanku.....
Alhamdulilah...rezeki mula bertambah setelah aku mendapat cahaya mata...dan emakku mula menyimpan duit dan mendaftar untuk ketanah suci...dan Alhamdulilah aku dapat memberikan sebahagian wang bagi mencukupkannya....Dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Abahku...dan dia pun berminat untuk ketanah suci jika ada yang nak biayai kos tersebut...perkara tersebut telah disampaikan oleh emakku padaku...Alhamdulilah memang kebetulan pada masa tersebut memang ada rezeki.....aku dapat membiayainya...Itulah pencapaian yang paling berharga bagiku....Alhamdulilah ALLAH sempurnakan hajatku ini berserta bonus....aku amat bersyukur kepadamu....
Bermula dari situ....rezeki demi rezeki ALLAH s.w.t telah berikan padaku dan keluarga....sehingga sekarang ini...
Adakah anda mempunyai hajat yang sama? Sudah tercapaikah hajat tersebut? Masih sempatkah lagi untuk melakukannya?
Saya amat berharap kisah benar saya ini dapat dijadikan dorongan kepada rakan-rakan dan juga sesiapa juga yang membacanya.....
Pasangkanlah niat, usaha, berdoa dan bertawakal nescaya ALLAH s.w.t mempermudahkannya....
2 comments:
Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@ gmail .com)
Post a Comment