As salam, seperti di TV9 dalam Program Halaqah. Ayat 1 dalam Surah Al Jum'maah.
Manusia hebat iaitu Bilal Ar Rabah, merupakan sahabat Rasulullah s.a.w yang diberikan mandat untuk melakukan seruan Azan. Suaranya amat merdu, lunak dan nyaring. Bilal telah tidak dapat meyerukan azan setelah mangkat Rasulullah s.a.w kerana terlalu sedih kerana amat mencintai Rasulullah s.a.w.
Azan merupakan talian perhubungan permulaan kita dengan ALLAH swt. Ianya seumpama jika kita hendak berhubung dengan rakan-rakan kita melalui panggilan telefon, kita akan dail nombor telefon rakan kita. Barulah kita dapat berhubung dengan mereka.
Bilakah azan ini diserukan?
- Apabila masuk sahaja masuk waktu untuk kita menunaikan solat fardhu.
- Apabila menerima kelahiran bayi.
- Apabila kita hendak pergi umrah, haji, menghantar jenazah dan sebagainya.
- Ada juga menyerunya semasa terdapat manusia terkena histeria, rasuk,musibah (kebakaran, gempa bumi, tsunami) dan sebagainya.
Kalimah Azan terdapat didalamnya kalimah-kalimah suci. Azan adalah nadi denyutan jantung kita. Alunan azan telah berkumandang setiap saat didalam kehidupan kita dimuka bumi ini samada ada kita sedari ataupun tidak. Jika berhentinya alunan azan didunia ini maka akan binasalah bumi ini. Jika sehari kita tidak kedengaran azan ianya akan melemahkan diri kita.
Azan juga dari sudut perubatan, dapat mengubati perlbagai jenis penyakit, banyak kajian telah dilakukan diluar dan juga dalam negara mengenai keajaiban azan. Stress, Kanser, Kemurungan dan banyak lagi antara penyakit boleh dirawati dengan hanya mendengar dan mengahayati seruan azan. Ianya akan berkesan jika kita memahami maksud ayat -ayat didalam azan tersebut.
Azan dapat memberikan rawatan secara terus ke dalam diri manusia, melalui gelombang otak manusia, Gelombang Otak terdapat 4 kategori:-
1. Beta (dalam otak kiri, ianya gelombang tinggi, banyak berfikir, 90% manusia duduk dalam gelombang ini),
2. Alpha (gelombang semasa kita santai, tengok tv)
3. Theta (penat bekerja, tidur-tidur ayam) Azan mengeluarkan gelombang ini dan apabila kita mendengar dan menghayatinya ianya akan mengeluarkan 3 jenis hormon dalam diri kita iaitu:
- horman merathonin
- hormon endofin
- hormon serothonin
4. Delta (semasa kita tidur nyenak tanpa mimpi).
Kita sebolehnya lakukanlah solat tepat pada waktunya kerana gelombang rendah pada masa itu dan masih di situ bagi memudahkan kita khusyuk di dalam solat.
Azan juga dapat memberikan kecerian dalam rumah kita, ajarlah anak-anak kita untuk menghormati dan menghayati azan semasa ianya diserukan.
Antara terapi azan yang boleh anda lakukan sendiri dan mendapatkan kesannya serta merta adalah mendengar azan didalam sebuah bilik yang gelap dan sunyi, atau tutup mata anda, mainkan seruan azan dan hayatinya sehingga habis anda pasti merasakan diri anda mula segar kembali. Ianya juga boleh dilakukan sebelum kita tidur.
Ramai diantara kita tinggal dibandar-bandar besar dan ada diantaranya kedudukan kediaman kita sangat jauh dari surau atau masjid atau keadaan bising dikota dan kadang-kadang Azan tidak kedengaran didalam rumah anda. Saya syorkan anda membeli JAM AZAN dan ianya pasti dapat menceriakan suasana kediaman anda seterusnya dapat menunaikan solat tepat atau seawal waktunya agar kita bersama anak-anak dan kaum keluarga dapat menunaikan solat berjemaah dengan khusyuk....Insya'allah.
JAM AZAN IFWAT boleh didapati di laman web: www.ifwat.com atau hubungi 06-2671180 penghantaran adalah percuma diseluruh Malaysia. Anda juga boleh menjadi agen dengan mendapatkan keuntungan didunia dan juga diakhirat kelak...Insya'ALLAH
No comments:
Post a Comment