PENDAHULUAN
Dalam
menongkah arus kemajuan yang serba moden dan berteknologi ini, pendidikan islam
adalah merupakan anti virus terbaik dalam mendidik masyarakat khasnya golongan
remaja. Atas kesedaran itu madrasah tahfiz telah tumbuh bagaikan cendawan di
seluruh Malaysia. Namun begitu madrasah tahfiz yang berorientasikan pengajian Islam
Hadramaut Yaman sangat sedikit bilangannya. Mungkin kerana faktor tenaga
pengajar mahupun sistem turat kitab-kitab arab yaman yang sukar di ajarkan.
Sebenarnya sistem pengajian Hadramaut Yaman tidak banyak bezanya dengan sistem
pengajian pondok di Malaysia.Namun dengan teknik pengajaran yang begitu halus
dan waktu yang fleksibel, sistem pengajian ini mampu diikuti oleh semua
peringkat masyarakat. Di tambah lagi golongan habaib dan masyaikh Hadramaut
Yaman yang bertali arus datang ke Malaysia dalam maksud rehlah da’wah sering
menekankan peri pentingnya pengajian ilmu yang berterusan dan kewujudan
madrasah di setiap ceruk dan tempat. Atas maksud itulah kami terdiri daripada
beberapa orang pelajar lepasan Hadramaut Yamanbersama Ahli Jemaah bergabung tenaga dalam memenuhi
keperluan ini.
Sudah tiba masanya Pengurusan Kumpulan Syarikat Ifwat terutamanya Ahli Keluarga Hj Naizamohideen & Hjh. Hanifah bersama-sama terlibat secara langsung dalam menjayakan Madrasah Tahfiz ini seterusnya untuk menanam saham bagi bekalan diakhirat kelak. Semoga ALLAH swt memberikan keberkatan dan kerahmatan diatas usaha murni ini dengan pelajar-pelajar hafiz Al Quran dari Madrasah ini. Saya bersama Abang telah bersetuju untuk mewakafkan tanah kami dan menyumbang berterusan dari dana hasil keuntungan syarikat untuk disalurkan secara terus untuk tujuan tersebut.
Saya mengucapkan jutaan Terima Kasih, Syabas, Tahniah kepada Tenaga Pengajar, Individu, Syarikat yang telah sama-sama melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Penubuhan Madrasah ini. Besarlah harapan saya agar Madrasah ini bertambah maju dan berkekalan sehingga kiamat. Hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas usaha, budi, sumbangan kalian.
LOKASI
Madrasah terletk diatas sebuah bukit di Kpg Ayer Sonsang, Nyalas, Jasin, Melaka, Malaysia. Kawasan sekitaran yang damai dan tiada gangguan dari bunyi kenderaan menjadikan suasana pembelajaran AL Quran yang terbaik.
Diambil dan diserap sepenuhnya melalui teknik pengajian yang
terdapat di Rubat Tarim dibawah kelolaan Al-Alamah Habib Salim b Abdullah
As-Syatiri hafizahullah dan Darul Mustafa di bawah kelolaan Al-Alamah
Da’ieilallah Habib Umar bin Hafiz hafizahullah
LOKASI
Madrasah terletk diatas sebuah bukit di Kpg Ayer Sonsang, Nyalas, Jasin, Melaka, Malaysia. Kawasan sekitaran yang damai dan tiada gangguan dari bunyi kenderaan menjadikan suasana pembelajaran AL Quran yang terbaik.
DASAR
Mengamalkan
sistem pengajian Hadramaut Yaman yang berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah,Ijma’
dan Qias yang bermazhab Imam As-Syafi’e rahimahullahuta’ala.
SISTEM PENGAJIAN
OBJEKTIF PENUBUHAN
1 Memperkenalkan kepada masyarakat sistem pengajian Hadramaut Yaman.
2 Menjadi pusat tarikan dan rujukan islamiah kepada masyarakat setempat.
3 Menjadi landasan untuk pelajar-pelajar yang berminat menyambung pengajian ke Yaman.
4 Menyediakan peluang pengajian kepada semua golongan termasuklah golongan yang bekerja dan golongan yang tua.
5 Melahirkan golongan hafiz ,alim dan dai’e yang bersedia dalam menjadi murabbi utk mendidik umat ke jalan yang diredhai Allah.
6 Menjadi satu pusat hentian da’wah kepada para habib yang datang ke Malaysia dalam siri da’wah mereka.
AKHIRKATA
Sesungguhnya untuk memakmurkan agama Allah SWT adalah tanggungjawab semua pihak . Suatu usaha yang besar ini apabila diletakkan hanya ke atas bahu ulama’ maka usaha ini akan terhenti separuh jalan. Masyarakat setempat perlulah memainkan peranan dalam menjayakan usaha murni ini.
Firman Allah SWT
وتعاونواْ على البرّ والتّقوى ۖ ولا تعاونوا على الإثم والعدوان {٢}(المائدة : ٢)
Maksudnya “Hendaklah kamu bantu membantu dalam membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah pula kamu bantu membantu dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas ajaran Allah SWT)” (al-maidah:2)
Usaha menubuhkan madrasah seumpama pelaburan yang tidak akan rugi. Betapa hebatnya ganjaran dan janji yang telah diberikan oleh Allah kepada seorang hafiz Al-quran dan kedua ibubapanya. Maka sangat bertuahlah seorang yang sanggup mengorbankan masa dan hartanya demi untuk penubuhan sesebuah madrasah . Pasti tempias dan ganjaran bagi setiap huruf yang telah dihafal membantu mereka yang telah banyak berkorban itu.
Atas maksud inilah kami menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan harta dalam menjayakan penubuhan madrasah ini. Semoga dengan asbab pengorbanan ini Allah jadikan kita sebagai golongan yang muqarrabin dan diredhai oleh Allah SWT.
2 comments:
Semoga usaha anda dua beradik diberkati dan dirahmati Allah Swt. InsyaAllah......
Tuan,
Paling cantik tanah trsebut diakafkan atas nama Majlis Agama Islam Ngerei Sembilan MAINS dan penama atau pemaju adalah sayarikat tuan.
Supaya tidak berlaku kekeliruan di masa depan.
boleh lihat Model Darul Hikmah Jelebu atau mana mana tanah wakaf MAINS yang telah di majukan sebagai
Pusat Pendidikan.
Post a Comment