Thursday, November 25, 2010

AZAN TERAPI KEPADA MANUSIA? KEAJAIBAN AZAN


As salam, seperti di TV9 dalam Program Halaqah. Ayat 1 dalam Surah Al Jum'maah.

Manusia hebat iaitu Bilal Ar Rabah, merupakan sahabat Rasulullah s.a.w yang diberikan mandat untuk melakukan seruan Azan. Suaranya amat merdu, lunak dan nyaring. Bilal telah tidak dapat meyerukan azan setelah mangkat Rasulullah s.a.w kerana terlalu sedih kerana amat mencintai Rasulullah s.a.w.

Azan merupakan talian perhubungan permulaan kita dengan ALLAH swt. Ianya seumpama jika kita hendak berhubung dengan rakan-rakan kita melalui panggilan telefon, kita akan dail nombor telefon rakan kita. Barulah kita dapat berhubung dengan mereka. 

Bilakah azan ini diserukan?

  • Apabila masuk sahaja masuk waktu untuk kita menunaikan solat fardhu.
  • Apabila menerima kelahiran bayi.
  • Apabila kita hendak pergi umrah, haji, menghantar jenazah dan sebagainya.
  • Ada juga menyerunya semasa terdapat manusia terkena histeria, rasuk,musibah (kebakaran, gempa bumi, tsunami) dan sebagainya.

Kalimah Azan terdapat didalamnya kalimah-kalimah suci. Azan adalah nadi denyutan jantung kita. Alunan azan telah berkumandang setiap saat didalam kehidupan kita dimuka bumi ini samada ada kita sedari ataupun tidak. Jika berhentinya alunan azan didunia ini maka akan binasalah bumi ini. Jika sehari kita tidak kedengaran azan ianya akan melemahkan diri kita.

Azan juga dari sudut perubatan, dapat mengubati perlbagai jenis penyakit, banyak kajian telah dilakukan diluar dan juga dalam negara mengenai keajaiban azan. Stress, Kanser, Kemurungan dan banyak lagi antara penyakit boleh dirawati dengan hanya mendengar dan mengahayati seruan azan. Ianya akan  berkesan jika kita memahami maksud ayat -ayat didalam azan tersebut.

Azan dapat memberikan rawatan secara terus ke dalam diri manusia, melalui gelombang otak manusia, Gelombang Otak terdapat 4 kategori:-

1. Beta (dalam otak kiri, ianya gelombang tinggi, banyak berfikir, 90% manusia duduk dalam gelombang ini),

2. Alpha (gelombang semasa kita santai, tengok tv)

3. Theta (penat bekerja, tidur-tidur ayam) Azan mengeluarkan gelombang ini dan apabila kita mendengar dan menghayatinya ianya akan mengeluarkan 3 jenis hormon dalam diri kita iaitu:

  • horman merathonin
  • hormon endofin
  • hormon serothonin

4. Delta (semasa kita tidur nyenak tanpa mimpi).

Kita sebolehnya lakukanlah solat tepat pada waktunya kerana gelombang rendah pada masa itu dan masih di situ bagi memudahkan kita khusyuk di dalam solat. 

Azan juga dapat memberikan kecerian dalam rumah kita, ajarlah anak-anak kita untuk menghormati dan menghayati azan semasa ianya diserukan.

Antara terapi azan yang boleh anda lakukan sendiri dan mendapatkan kesannya serta merta adalah mendengar azan didalam sebuah bilik yang gelap dan sunyi, atau tutup mata anda, mainkan seruan azan dan hayatinya sehingga habis anda pasti merasakan diri anda mula segar kembali. Ianya juga boleh dilakukan sebelum kita tidur.

Ramai diantara kita tinggal dibandar-bandar besar dan ada diantaranya kedudukan kediaman kita sangat jauh dari surau atau masjid atau keadaan bising dikota dan kadang-kadang Azan tidak kedengaran didalam rumah anda. Saya syorkan anda membeli JAM AZAN dan ianya pasti dapat menceriakan suasana kediaman anda seterusnya dapat menunaikan solat tepat atau seawal waktunya agar kita bersama anak-anak dan kaum keluarga dapat menunaikan solat berjemaah dengan khusyuk....Insya'allah.

JAM AZAN IFWAT boleh didapati di laman web: www.ifwat.com atau hubungi 06-2671180 penghantaran adalah percuma diseluruh Malaysia. Anda juga boleh menjadi agen dengan mendapatkan keuntungan didunia dan juga diakhirat kelak...Insya'ALLAH

KEPUTUSAN RASMI AKHIR HOKI SUKAN ASIA MALAYSIA vs PAKISTAN


KEPUTUSAN RASMI MALAYSIA TEWAS KEPADA PAKISTAN 2 - 0.

Walauapapun tahniah diucapkan kepada skuad hoki negara kerana telah berjaya mendapat pingat perak di Sukan Asia 2010 ini.

Semoga Malaysia akan kembali berada diera kegemilangan dalam sukan hoki ini semasa di era K. Embraj, Ariffin Ghani, Lam Mun Fatt, Minarwan Nawawi, Azlan dan lain-lain...ramai budak melaka....tahniah beb...

Friday, May 14, 2010

HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH

HIJRAH RASULULLAH SAW....SUBAHANALLAH...DISAMBUT MERIAH OLEH PENDUDUK MADINAH SERTA DINYANYIKAN BAGI MENYAMBUT BAGINDA RASULULLAH SAW, YA ALLAH TERASA MACAM AKU ADA JUGA BERADA DISANA MENYAMBUT BAGINDA...YA ALLAH RINDU RASANYA HATI INI PADA NYA...

Thursday, May 13, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW


Dengan menyebut Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

MELAYUKU KEMANAKAH HALA TUJUMU ITU


MELAYUKU DIMANAKAH HALATUJU MU ITU?

Gambaran lukisan ini ada kebenarannya juga...cubalah hayati...dan lihatkah apa yang berlaku kepada bangsaku Melayu..

YA ALLAH JADIKANLAH UMATMU INI BERSATU PADU...BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA UMATMU INI AGAR KAMI INI TIDAK DITINDAS LAGI.....AMIN

Niatku hanyalah satu untuk melihat bangsaku bersatu semula..bukan untuk menyalahi sesiapa tetapi untuk menilai semula..apakah pengorbanan diriku untuk bangsa yang tercinta...Dengan harapan agar rakan2ku juga begitu...X perlu kita mencari salah seseorang.. & Org lain juga akan cuba mencari salah kita pula...& akhirnya ianya x akan menyelesaikan masalah sebenar......Mungkin ada yg keliru.... Cubalah renung2 kan...secara terbuka.. dalam lukisan itu..itulah masalah melayuku...cuba carilah jalan penyelesaian agar kita kembali bersatu semula...

Dengan menyebut Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Firman ALLAH SWT dlm surah AL AN'AAM 112 ertinya

" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" 

Surah AL AN'AAM 159 ertinya

" Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada ALLAH, kemudian ALLAH akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. 

Surah AL AN'AAM 160 ertinya
Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak diianiaya. 

Surah AL AN'AAM 161 ertinya
Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, agama yang benar; agama ibrahim yang lurus; dan ibrahim itu bukan lah termasuk orang-orang yang musyrik". 

Surah AL AN'AAM 162 ertinya
Katakanlah; "Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam, 

Surah AL AN'AAM 163 ertinya
tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada ALLAH)". 

Surah AL AN'AAM 164 ertinya
Katakanlah;"Apakah aku akan mencari Tuhan selain ALLAH, padahal Dia adalah tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakannya kepadamu apa yang kamu perselisihkan". 

Surah AL AN'AAM 165 ertinya 
Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa dibumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga sama-sama kita menghayatinya...

Aisya Anis: BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH . Tak kira lah walau mana pegangan politik kita kita tetap boleh bersatu atas nama Allah yang satu ... Bukan untuk demokrasi bukan untuk komunis bukan untuk republik tapi untuk Agama Allah ... Insyallah ...

Islam x pernah mengajar umatnya bermusuh-musuhan, fitnah memfitnah...Apa yang saya harapkan adalah kembali bersatu...itu sahaja.

Thursday, May 6, 2010

KEHIDUPAN & PENCAPAIAN

Alhamdulilah, syukur kpd ALLAH s.w.t, kerana diberikan kehidupan sehingga ke hari ini, percaya atau tidak usia aku telah mencecah 35 tahun, telah berkahwin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Sejarah hidup ini sangatlah indah dan jika dibukukan mungkin laris jika dijual rasanya. 

Pencapaian dalam kehidupan ini mungkin tidaklah sehebat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Tetapi aku rasa berbangga dan mungkin boleh dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan yang mengenali aku dan keluargaku.

Abahku berdarah india + melayu, pernah berkhidmat di angkatan tentera laut dan berhenti awal untuk berniaga sendiri, mungkin kerana mengikuti jejak arwah datuk & moyangku yang hebat dalam bidang perniagaan satu masa dahulu...Bermula dengan berniaga dikedai runcit seterusnya menjadil wakil pengedar Gas Petronas di kedai Tmn Jaya Pdg Temu, membuka kilang kecil mengeluarkan produk kordial yg diambil alih dari Pakcik ku di Tmn Melayu, Pdg Temu, dan banyak juga perniagaan sambilan yang dijalankannya.....tetapi akhirnya abahku muflis...

Emakku berdarah jepun + melayu, merupakan emak & wanita yang terhebat didunia ini bagi diriku. Mungkin ada yang tertanya betul ker ada darah Jepun? Mana datang Jepun tu?....Untuk makluman semua, arwah nenekku merupakan anak berdarah Jepun 100% yang ditinggalkan oleh keluarganya sebelum perang dunia kedua...sedikit cerita tentang nenekku ini namanya Putih bte .........? Kenapa ditinggalkan? aku pun x tahu...dengar cerita dari orang2 tua dikampung nie... Keluarga dia nie ditinggalkan oleh suami isteri Jepun yg dtg berniaga makanan kanak2 disebuah kedai dikampung Ujong Pasir. Nenekku ini ditinggalkan kepada penduduk kampung pada usianya masih kanak2/remaja (x pasti)...ada juga yang mengatakan mungkin keluarga jepun nie adalah pengintip untuk tentera jepun sebelum perang dunia kedua... Walaubagaimanapun...nenekku ini tidak pernah menceritakan apa2 berkenaan asal usul dia kepada emakku ini...sehinggalah beliau meninggal dunia...Emakku dapat tahu serba sedikit bahawa emaknya itu adalah orang jepun hanyalah dari jiran-jiran & penduduk kampung...tp disebabkan perasaan takut untuk bertanya dengan emaknya...emakku beritahu dimana nenekku itu sangat garang dan juga sangat sensitif...selalu menanggis seorang diri...mungkin mengenangkan nasib dimana keluarganya tidak datang mencari atau mengambilnya semula...kesian dan sedih betul cerita pasal nenek aku nie... Nenekku meninggal dunia semasa emak ku berusia remaja...jadi kami adik beradik x dapatlah tengok dia kecuali hanya gambar sahaja...sebagai kenang2an.

Emakku tidak bekerja..dia sangat pandai masak dan membuat kuih...dan pernah berniaga kuih dimana abang dan kakak ku pernah menjualnya pada zaman mereka kecil dahulu semasa abahku mendiami kuarters tentera laut di johor...Dengan hasil keuntungan menjual kuih tersebut, emakku berjaya membeli 3 biji rumah...malangnya ketiga-tiga biji rumah tersebut terpaksa dijual....untuk membantu perniagaan abahku.

Kehidupan emakku amatlah renyah...dari awal pagi sehingga lewat malam dia terpaksa bertungkus lumus membantu abahku berniaga dikedai...kehidupannya amatlah payah....tidak seperti isteri/ibu orang lain...yang aku kenal....Terlalu banyak pengalaman-pengalaman kehidupan pada masa lalu yang mengajar diriku berserta abang dan kakakku untuk berdikari bagi mencari rezeki bagi membantu keluarga.

Pernah terlintas dihati ini semasa dizaman sekolah lagi, jika sudah besar nanti klu sudah bekerja &  dapat banyak duit...nak juga hantar emak pergi menunaikan fardhu haji...Tetapi disebabkan kelekaan dan percampuran adalah kesalahan diri sendiri aku lupa akan hajatku ini...dan keputusan peperiksaanku amatlah teruk hampir2 gagal SPM....dan ianya sudah pasti mengecewakan keluargaku.....

Malunya aku kerana keputusan peperiksaan aku jauh lebih teruk jika dibandingkan dari keputusan peperiksaan SPM Abang dan Kakakku, kasihan.....dimana mereka ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran keperingkat seterusnya memandangkan tenaga mereka diperlukan untuk membantu keluargaku berniaga di kedai.

Pada tingkatan 4, perniagaan keluargaku berhadapan masalah kewangan yang amat serius dan keluarga kami menanggung hutang yang banyak terutama sekali dengan Ah Long. (Cerita bab ini amat panjang terpaksa diringkaskan). Dipendekkan cerita....Perniagaan keluarga kami jatuh dan terpaksa ditutup.......Abangku terpaksa menanggung hutang lebih kurang RM40ribu dan kakakku RM20ribu..Itu x termasuk hutang abahku dengan Bank, Ceti & Ah Long...... Ya ALLAH, kesian mereka ini, pada usia sekitar 22 & 23 tahun masing-masing telah berhutang sebanyak itu....

Kemanakah halatuju keluarga kami?......Pada masa tersebut, setelah selesai waktu sekolah aku akan menjual rokok gudang garam dikedai-kedai bagi membantu keluarga bagi menampung perbelanjaan harian......

Dengan keputusan peperiksaan yang agak teruk, aku cuba memohon menyambung pelajaran atas desakan keluarga....Alhamdulilah...aku telah diterima masuk ke Institut Kemahiran Mara, di Jasin Melaka dalam jurusan Elektrik Domestik & Industri, disana aku berniaga barangan makanan dan rokok di asrama secara sembunyi-sembunyi...bagi menampung perbelanjaanku seharian....Alhamdulilah aku mendapat anugerah pelatih akademik terbaik dalam bidang tersebut....

Abangku adalah seorang yang hebat walaupun dalam usianya 22 tahun telah mempunyai hutang yg banyak disebabkan kerugian perniagaan keluarga kami lalu, dia telah membuka sebuah perniagaan kedai makan diBanda Hilir dan telah menyatukan semula keluarga kami dibawah perniagaan tersebut...Pencapaiannya adalah jauh lebih baik...(belikan rumah untuk emak dan abh tinggal sekarang nie)

Sebelum tamat pelajaran lagi di IKM aku telah ditawarkan kerja oleh Abg Dolah sebagai penyelia...di kilang papan suis/kontraktor elektrik...Aku telah bekerja selama 6 bulan sahaja...tetapi kepuasan dlm diri belum ada, dimana aku  rasa untuk pergi lebih jauh aku mesti sambung belajar lagi.... Aku telah diterima untuk memasuki Tuas Polytech (sekarang ini British Malaysian Institute) dalam jurusan HND Electrical & Electronic Engineering......Sempat juga aku mengumpul duit dalam Rm4k sebelum masuk kesana dari hasil mengambil kerja sub elektrikal. Aku juga bersyukur dan berterima kasih kepada Abangku kerana bersetuju untuk membiayai Rm300 sebulan selama dua tahun untuk aku belajar disana(KL) dan juga dia membelikan aku sebuah komputer...Aku amat terhutang budi dengannya & ianya akan ku kenang sampai mati...walaupun pada zaman kecil kami tidak begitu rapat...Aku juga sempat mengikuti kursus dan mengambil peperiksaan Penjaga Jentera secara sambilan...Alhamdulilah aku lulus Chargeman AO....

Belum habis peperiksaan akhir di Tuas, aku telah memohon kerja...beberapa kali pergi temuduga dikilang2...tetapi akhirnya ditawarkan kerja di TNB REMACO sebagai juruteknik oleh kerana keputusan peperiksaan akhir untuk HND belum keluar....selang sebulan...setelah keputusan peperiksaan keluar aku lulus dan ditawarkan jawatan jurutera secara kontrak...dibahagian pengujian. 

Hampir 2 tahun dibahagian pengujian, terlalu banyak yg aku pelajari dan banyak stesen janaelektrik yang aku lawati dan melakukan ujian kecekapan/prestasi.

Aku mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dan berkahwin. Hajat awal tadi belum tercapai lagi dan hajat tersebut masih segar dan bermain-main dalam ingatanku.....

Alhamdulilah...rezeki mula bertambah setelah aku mendapat cahaya mata...dan emakku mula menyimpan duit dan mendaftar untuk ketanah suci...dan Alhamdulilah aku dapat memberikan sebahagian wang bagi mencukupkannya....Dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Abahku...dan dia pun berminat untuk ketanah suci jika ada yang nak biayai kos tersebut...perkara tersebut telah disampaikan oleh emakku padaku...Alhamdulilah memang kebetulan pada masa tersebut memang ada rezeki.....aku dapat membiayainya...Itulah pencapaian yang paling berharga bagiku....Alhamdulilah ALLAH sempurnakan hajatku ini berserta bonus....aku amat bersyukur kepadamu....

Bermula dari situ....rezeki demi rezeki ALLAH s.w.t telah berikan padaku dan keluarga....sehingga sekarang ini...

Adakah anda mempunyai hajat yang sama? Sudah tercapaikah hajat tersebut? Masih sempatkah lagi untuk melakukannya? 

Saya amat berharap kisah benar saya ini dapat dijadikan dorongan kepada rakan-rakan dan juga sesiapa juga yang membacanya.....

Pasangkanlah niat, usaha, berdoa dan bertawakal nescaya ALLAH s.w.t mempermudahkannya.... 

Thursday, April 22, 2010

KAMBING TERSENYUM.....RAHSIA KHASIAT KAMBING SUSU & DAGING


cuba lihat kambing. sentiasa tersenyum kan? tenang tak hati?

senyuman membahagiakan baik yang memberi mahupun yang menerima. orang yang mudah tersenyum, sihat tubuh badan dan seterusnya membentuk karektor yang terpuji. itu jugalah antara khasiat minum susu kambing dan makan daging kambing. daging yang sihat kerana sifat kambing yang mudah tersenyum.

kalau ditanya mengapa anak-anak zaman kini walau bijak tetapi sombong dan degil, mungkin salah satu jawabannya adalah kerana banyak disogokkan dengan susu lembu. ehh.. minum susu lembu, kita bawa karektor lembu sebab dna lembu tidak terurai. jadi, tidak hairanlah anak-anak zaman sekarang tinggi IQnya tapi rendah ESQ. apa pepatah melayu kata tentang lembu? B—- macam lembu. masyaallah . nauzubillah.

nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing.

sukar merasa diri dikasihi? juga jawabannya pada susu kambing dan daging kambing. di bawah ini saya masukkan sedikit maklumat tentang kambing.

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
Kolestrol daging lembu dan ayam.
Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. uraikanlah kolesterol itu dengan kolesterol kambing.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)

Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal , Kelenjar Pitutary , Hati , Hempedu , Pankreas , Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.

Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.

Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi

Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.

Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor

Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.

Karektor Kambing

Kambing mempunyai karektor seperti berikut;

1. Tegas.

2. Berpendirian.

3. Matang.

4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.

5. Memahami arahan.

6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.

7. Tinggi EQ (emotional quotient).

8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.

9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Rahsia Janggut Dan Senyuman

Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.

Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.

Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.

Rawatan Penyakit Darah Tinggi

Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.

minumlah susu kambing dan makan daging kambing untuk merawat diri dan membentuk peribadi terpuji.

dipetik dari http://hatiwanita.wordpress.com/2009/06/15/khasiat-susu-kambing/#comment-448

Friday, February 12, 2010

PENGGUNA HANDPHONE DIMALAYSIA LEBIH 100%


Ketahuikah anda pengguna talian handphone diMalaysia ini melebihi jumlah penduduk Malaysia.

Ini bermakna kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan lebih dari 1 talian handphone....



Berapa keuntungan syarikat telekomunikasi?





Sumber dari Bernama, hasil jualan syarikat telkomunikasi seperti Axiata melebihi RM3billion setahun dan keuntungan bersih RM700juta.....
Adakah kita terlebih bayar kepada mereka ini? Atau kadar panggilan talian handphone adalah lebih mahal?

Cuba anda saksikan dibawah ini....sangat menarik....
Pernahkah anda semak call rate untuk panggilan handphone anda?

Kajian menunjukkan 90% rakyat malaysia tidak pernah menyemak kadar panggilan handphone mereka.

Ini telah menyebabkan syarikat-syarikat seperti Axiata (Celcom). Maxis, Digi mengaut keuntungan yang banyak setiap tahun.

Kakak saya sendiri terkejut apabila...menyemak Maxis prepaid selama 15 saat kredit ditolak Rm0.49. Caj yang amat malampau dan telah terpedaya dengan menggunakannya lebih dari 8 tahun....berapa banyak yg kakak saya telah rugi...?

Dan ramai lagi rakan-rakan yang menggunakan top up/prepaid mengeluh apabila saya menguji/ panggilan selama 15 saat dengan menggunakan telefon mereka.. Celcom Rm0.38, Digi Rm0.36...

Bukankah itu satu jumlah yang besar sekiranya anda telah melanggan lebih dari 5 tahun...

Sekarang ini mahukah anda berjimat dan dapat menjana pendapatan dari handphone anda? Baca dan scroll terus ke bawah:

Sekarang ini mahukah anda berjimat dan dapat menjana pendapatan dari handphone anda? Baca dan scroll terus ke bawah:

Bagaimana?

Anda boleh lawati lamanweb saya http://www.ifwat.com/xox ini dimana kadar panggilan adalah hanya Rm 0.08 untuk 30 saat pertama (antara celcom 019/010) dan Rm 0.09 untuk 30 saat pertama (lain rangkaian).

Memang jimat dan berbaloi...

Anda juga berpeluang untuk memperkenalkan pakej ini dan setiap kali rakan anda dan juga rakan-rakannya menambah nilai (topup) anda akan menjana pendapatan beribu ringgit dan ianya tanpa had...Alangkah bagusnya jika bergitu...
JIMAT & MENJANA PENDAPATAN PASIF BERTERUSAN.

Saya bersedia untuk bertemu untuk menerangkan secara percuma....

Hubungi saya di 010-3120312.

Tuesday, January 12, 2010

Melaka Maju 2010


Melaka Maju 2010

Melaka Maju adalah satu wawasan yang telah dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sepanjang beliau menerajui pucuk pimpinan negeri Melaka, terlalu banyak pembangunan dilakukan bagi memajukan negeri dan menaikkan taraf ekonomi penduduk negeri Melaka.

Kita sedia maklum, setiap kali tiba hari jumaat sehingga ahad..melaka akan dihujani pengunjung dari dalam negara dan juga luar negara.

Dan masalah yang dihadapi rakyat Melaka kini ialah adalah lebih baik jangan keluar ke bandar bermula petang jumaat ...ini adalah kerana jalan masuk ke bandar Melaka adalah terlalu sesak...kerajaan perlu mencari cara/jalan alternatif bagi mengatasi masalah ini.

Dari semuber yang diperolehi, kerajaan Melaka telah memohon bajet/bantuan/dana dari kerajaan pusat bagi mengatasi masalah ini. Dari fakta jumlah pengunjung dan pengiktirafan yang diperolehi oleh negeri Melaka, sepatutnya kerajaan pusat tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya. Melaka merupakan negeri yang stabil ekonomi mahupun politik.

Selogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia" adalah gambaran jelas bahawa negeri Melaka mempunyai daya tarikan tersendiri dan negeri lain perlu pelajari bagaimana Datuk Seri Mohd Ali Rustam melakukannya.

Keadaan sungainya yang bersih dan indah pada waktu malam adalah satu produk pelancongan yang diwujudkan oleh beliau.

Walaupun sering mendapat bantahan dan kritikan dari dalam parti dan luar parti berkenaan perlaksanaan beliau, beliau tetap meneruskan juga dan hampir semuanya melebihi jangkaan "exceed expactation".

Syabas!!! Datuk.....TERUSKAN PERJUANGAN.

Kawan Sekolah Yang Genius Add Math


Assalamualikum w.b.t,

Kepada rakan-rakan teknik....

Semalam aku berjaya menjejaki Carlo atau nama betul Mohammad Farid Kassim (nama bapa x pasti), dalam jam 6.00ptg, aku ke brisu, alor gajah lps balik dari seremban...untuk menjejaki kawan kita Carlo... hujan turun lebatlah pulak masa tu....nekad berhenti kat kedai makan berhampiran pekan brisu....bertanyakan pada akak yg meniaga tu kenal tak mohammad farid...kasim...dulu keje kat petronas...dia accident lepas tu balik kampung..thun bila pun sy x thu...& dengar dia ada masalah mental....akak tu dengar dia pun rasa simpati...tp dia x kenal....

Dia pun tolong tanyakan kedai sebelah-sebelah dan salah sorang dari jiran dia tu kenal dan bgthu mmg budak tu ada masalah mental....hati aku mula berdebar-debar...dan campur sedih...teruk ke pertanyaan aku balik....akak tu x pastilah pulak...tapi yg dia tahu, budak tu x duduk dgn famili dia sebaliknya duduk sendiri di sebuah rumah peninggalan...mungkin nenek dia kot....Dia kata boleh tanya dengan Abg Azmi...Aku tanya abg azmi? sapa? tahu x rumah dia tu...boleh x sapa2 tlng tunjukkan rumah dia tu..

Aku pun minta tolong budak sekolah yg ada kat situ...tlng tunjukkan rumah dia....dia tunjukkan rumah Abg Azmi...dalam 2km dari pekan brisu.... tp dia x de rumah....keluarlah dari rumah seorang perempuan tengah dukung baby...dan aku pun tanyalah kat dia...ni rumah Farid ke? Akak tu tanya aku kenapa cari dia? Aku pun terangkanlah saya nie kawan sekolah dia dulu masa sek. teknik da 18tahun x jumpa...dia dia ada kat mana? Dia x tinggal sini...Aku pun tanya lg dengar kata dia accident betul ker? Betul..jawab akak tu...& sy minta maaf nak tanya...dengar kata dari kawan2 dia ada masalah mental betul..ke? Betul...Aku tanya akak nie sapa? ada kena-mengena dgn farid ker? Saya nie kakak dia...(rupanya kakak si Carlo)...

Mana Farid?.....dia x tinggal sini...Abis tu dia tinggal kat mana?...dia tinggal kat rumah lama depan jalan tu...(x jauhlah dari rumah kakak dia tu...) Dia ada rumah x rasanya? Akak tu kata...dia x de rumah...dia da keluar...tadi...Dia dulu keje Petronas kan...ye...Tahu bila dia accident kak? akak pun x ingat...tapi da lamalah jugak...Abis tu sekrang nie dia tu keje ke tak? x keje...kadang2 tlng org kmpng keje kampung jer....Abis nie,...hari nie dia keje ke? x....dia keluar tadi...Aku tanya keluar pegi mana..naik apa? X tahulah pegi mana...dia naik basikal tadi....Ya Allah (aku rasa sedih sangat bila dengar budak genius nie naik basikal).. Aku tanya mak akak ada lagi ker...? dia kata ada...tp x tinggal dengan Farid..kami takut kdng2 di agresif...kata akak tu...dia macam rasa bersalah jer cakap dengan aku...dia ingat aku nak marah kot...dia kata- kadang2 akak ada hantar makan kat dia... (hati aku mula memberontak nak sangat jumpa dgn si carlo nie)...Aku tanya macamana nak hubungi Farid nie...dia kata Carlo ada hp..wah (dlm hati aku kata oklah gak dia ada hp)...aku minta no hp dia..Akak dia pun x simpan...kena call Mak Carlo...minta nombor..x lama tu mak dia sms..no si carlo 0142661685...aku cuba call tp x dapat...macam off jer no tu..Dia berkawan dengan sapa kak kat kampung nie? Akak tu tergamam....ntah le jawab dia..

Aku tinggalkan name kad dan minta klu si farid balik bghtu kawan dia dtg...& minta dia hubungi saya..Aku pun naik kereta pergi masuk lorong sebelah rumah si Carlo tinggal...nampak rumah macam x de orang jer... (tapi rumah kampung nie nampak uzur jer.... dlm hati aku kata..klulah aku yg tinggal sorang2 mcm nie..aku pun bole jadi gila gak)...memang kesianlah....(x sangka kawan aku nie..yang dulu antar budak melayu yang genius Add Math dengan Fizik duduk sendiri kat rumah kampung yang agak uzur nie)..Manalah si Carlo nie pergi...Gamabar rumah dia ada aku ambil agaknya...(hati aku rasa x puas klu x dapat jumpa dia nie)...Ya Allah tolong lah ketemukanlah aku dgn si Carlo nie...

Hujan renyai-renyai....aku buka 4 cermin kereta dan minta tlng perhatikan kiri-kanan jalan klu ada ternampak siCarlo..sambil drive slow menghala semula ke pekan brisu....dan aku tanya dgn budak yg ikut aku tu...Adik x pernah tngk Farid nie ker kat kampung nie...dia nie pandai matematik tau...budak tu kata rasa macam saya pernah tengoklah bang nie (ada org kmpng kata dia pandai matematik)..klu x silap dia nie botaklah bang..dia selalu pakai topi....OK..klu macam tu tlng tngk2 klu dia ada kat kedai minum ker...Sampai kat pekan brisu tu ada sebaris kedai jalan nak pergi Sungai Siput (sebelah kiri)...ada kedai makan lot tengah...budak tu kata...Ahh rasanya abang yg pakai topi tu bang....Aku pandang macam bukan si Carlo jer...tp x perlah x salah klu tanyalah kan....

Aku masuk kedai tu nampak muka macam dia tapi botak tengah duduk hisap rokok Djarum (gudang garam) pakai jeans lusuh dengan t shirt lusuh dan cap hitam...Aku tanya nie Mohammad farid ker...? Carlo?...dia kata Ahh...Kau kenal aku x? Sapa ehh...macam kenal ...Ehh Farosham...Terkejut aku campur gembira/sedih.... Kau kenal aku....Kau sihat...? Dia kata sihat...Aku mula tanya dengar kata accident...bila? Tahun 1999 masa tu dia naik motor langgar belakang lori...lepas tu x sedar 2 minggu kat hospital...& hntr balik kmpng....Dia kata aku yang dia ada PSY...PSY? PSY tu apa aku tanya? Psychiatric (sakit mental)...Ya Allah...betullah apa yang dengar kat Yahoo group email nie...Aku minta maaf Carlo....aku baru tahu dalam minggu lepas...X pe kau datang juga cari aku ehh...Aku betul2 rasa sangat simpati...macam nak keluar air mata tengok keadaan kawan aku masa sekolah...yang dulunya ceria dan sangat cerdik..tapi nasib dia x berapa baik...boleh jadi macam nie....

Abis tu ko buat apa sekarang? Aku x macam dulu...x buat apa...macam nie lah...abis tu masa accidient tu kau balik keje ke? x aku masa tu practikal...Petronas ada bagi pampasan x? masa dulu ada bagi sekali.....Abis sekarang nie income macamana? Aku x macam dululah farosham...Aku dapat Rm230...(aku pun x pasti socso atau JKM yg bagi)...Carlo kau kenal lagi x Akma? kenal....Cikai...kenal... Cron...kenal...Suhaimi (mamak kecil)...kenal...Abol...kenal..aku terus call Abol(Hasbullah Taib) pass kat dia....lps tu dia kata aku ada jumpa Labit dia da kaya Project Manager, sambil tunjukkan name kad labit yang da lunyai...3 tahun lepas dia buat jambatan kat kampung aku... & Aku pun ada jalan raya rumah Malek...3 tahun lepas...Kenapalah berita pasal ko nie aku tahu dah lps 10thn.... tapi x pe... paling tidak pun, aku da jumpa kau dan boleh bertahu pada kawan2 yg lain pasal ko...OK..lah carlo nie da puluk 7mlm..lain hari aku akan datang lagi insya'ALLAH aku bawak kawan2 lain sekali kita gi minum kat luar dan maklumkan juga pada member2 yg lain..Boleh x aku ambil gambar ko? boleh....Aku pun snap gambar dia guna hp... Dan hulurlah pada dia sikit..untuk buat belanja...Aku tanya no hp yang kakak dia bagi nie betul ker? dia kata betul...cuma signal kat kampung nie x clear...

Dengan ini aku memohon dan merayu pada kawan2 yang mengenali atau rasa macam kenal rakan sekolah kita...yang dahulunya ceria dan cerdik tapi sekang nie dlm keadaan yang menyedihkan kita...dapatlah sama2 menyumbang untuk beliau agar rasa tidak keseorangan da 10 tahu mcm nie...Bukannya dia meminta untuk dijadikan sebegini..kita amat bertuah berkeluarga ada anak ada zuriat... ada yang hidup sederhana dan ada yang mewah dan bahagia...tapi kawan kita nie...duduk berseorangan...dalam keadaan yang agak daif. & jika ada yang hendak melawat beliau..silakanlah... aku boleh tunjukkan rumah....no hp aku 019-6556527. Aku cadangkan kita mengumpul dana untu si carlo nie jika kawan2 yang sibuk.

Salam.

farosham
Meckey 3